Pages

Saturday 21 January 2012

CERPEN UPDAted!!!!


My lecturer is my hubby???
Suasana di auditorium yang agak gamat tadi tiba-tiba menjadi sunyi sepi. Aku dan Nana yang dari tadi sedang kusyuk menelaah nota yang diberikan oleh “class-rep” berkaitan dengan lecture pada pagi ini, kehairanan.  Bajet rajin la sangat..hehehe
“Kenape semua orang diam?” tanyaku kepada Rasya yang sedari tadi kusyuk BENOR berbual dengan  Tina pasal kekasih barunya.
“Lecturer kita dah sampai la. Yang handsome tu” tersenyum lebar Rasya sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah pensyarah baru kami. Aku dan Dyana turut memandang ke arah yang ditunjukkan Rasya.
“Mudanye. Tak nampak macam lecturer pun. Macam student je. Cute gak kan Suri?”
“Tak tahu la Nana. Biase je aku tengok. Kalau aku cakap aku geli, kau jangan marah eh??” aku terus melebarkan sengihan ku apabila melihat pensyarahku yang sedang ber ‘cat-walk’ saja gayanya itu.hehehe.. lembut rupa-rupanya.
Nana ketawa besar mendengarkan soalan aku.
“Betullah beb. Kau ingat aku tengah buat lawak ke, kau nak ketawa besar-besar.Sir kita agak sutun,tapi aku tak kisah sangat. Well, yang penting itu hal dia. Tak de mase aku nak buat part-time mengutuk atau mengumpat dia”.
“Betul gak cakap kau Suri. Tapi bagi aku dia tetap ‘flower handsome guy’”
Aku pula yang tersenyum mendengar pendapat Nana itu. Betul juga katanya. Pesyarahku itu memang memiliki paras yang kacak. Kulit yang putih bersih, bibir yang segar dan merah tanda tidak merokok , memiliki senyuman yang bisa menggegarkan hati wanita dan yang paling menarik perhatian ramai pelajar serta pensyarah wanita di fakulti undang-undang ini ialah wajahnya yang persis pelakon korea Playfull Kiss, KIM HYUN JOONG. Sudah lama aku dan Nana mendengar cerita mengenai pesyarah kami itu, namun disebabkan kelasnya sering dibatalkan berikutan aktiviti pelajar asasi yang padat pada minggu awal pengajian menyukarkan kami untuk bertemu dengannya. Inilah kelas pertama kami bersamanya . Kamilah tu..pelajar asasi undang-undang uitm yang baru belajar menjauh dari keluarga tercinta.Sedih nyer..
“Asalamualaikum and a very good morning to all of you. I’m Fariz Fariel, you lecturer on this course over the semester. Nice to meet you guys”
“Waalaikumusalam” Serentak semua pelajar asasi menjawab salam pesyarah muda itu.
“eh, cutenye lecturer kita”
“baiknye dia”
“sweetnyer name dia”
Ramai pelajar mula memuji kelebihan pesyarahku itu. Pujian demi pujian menutup segala kekurangan yang ada pada dirinya termasuklah ‘kelembutan’ yang terselindung disebalik kelebihan yang dimilikinya.
“Okeh guys, lets me introduce you to our course. This course is a part of course Law that you will be learn till you finish your law foundation”.Bla,bla and bla…
“Any question, guys?” Tanya pesyarahku selepas semua pelajarnya kelihatan mengantuk mendengar penjelasannya yang panjang lebar itu.
“Sir, berapa umur sir eh?” salah seorang pelajar perempuan mula bertanya soalan yang aku rasa terkeluar dari topic perbincangan kami.
“Owh, awak nak tahu ke, umur saya?erm, saya muda lagi. Cuba korang teka berapa umur saya bagi menjawab soalan kawan kita yang sorang tadi” ujar pesyarahku. Eh, tahu bercakap melayu rupa-rupanya mamat nieh!!
“25”
“27”
“Salahlah korang,cepat teka lagi. Hilangkan rasa mengantuk korang tu”
“28”
“Betul, pandai awak teka”
“Sir,citer la pasal diri sir,dah kahwin belum?berapa beradik? And etc?”
“Amboi melebih eh korang semua nieh”sambut pesyarahku dengan senyuman nipis di bibirnya.
“Alah,sir..”
“Erm...saya belum berkahwin, saya ada 5 beradik dan saya sudah mempunyai seorang wanita yang paling saya cinta iaitu…”
“Sape sir? Eager nak tahu nieh”
“mak saya la” Auditorium itu gamat dengan gelak-tawa kami semua.

Suasana di kolej mawar agak lengang pada hari ini. Kebanyakan penghuninya pulang ke rumah masing-masing untuk berbuka puasa bersama keluarga mereka pada setiap hujung minggu begini. Untunglah… cemburu aku melihat mereka. Ibuku jauh di kampung. Hanya panggilan telefon menjadi pengubat rinduku kepada ibu dan adik-adikku yang dua orang itu. Assignmentku pula semakin bertimbun. Biasalah final year. Kena struggle untuk dapatkan pointer yang tinggi. Tak sanggup lagi aku mengecewakan ibuku. Sudah berkali-kali aku mengguris perasaannya. Kini baru aku sedar pengorbanan ibu sebagai seorang guru biasa yang banyak berkorban demi membesarkan anak-anaknya tanpa suami di sisi. Ayahku telah lama meninggal dunia, sejak adikku yang bongsu berusia setahun kerana kemalangan. Dalam usia yang muda ibu terpaksa menjaga kami empat beradik. Ibuku anak yatim piatu begitu juga ayahku. Ibu dan ayah dibesarkan di rumah anak yatim dan dari situ hubungan cinta mereka mula berputik.
“Ibu, tak ada hak nak halang along. Along punya suka la nak keluar dengan Rizlan sekali pun”
“Along sedar tak yang along tu anak ibu. Dah menjadi tanggungjawab ibu untuk mendidik dan menjaga along dengan baik”
“along cintakan Rizlan. Dia ada segalanya yang along inginkan. Dengan ibu, along terpaksa bersusah demi adik-adik. Ibu tak mampu beri along segalanya. Ibu miskin dan hina”
“Along!!!” Tengkingan ibu semakin kuat. Kini penampar sulungnya sampai ke mukaku.
“Along benci ibu”
Seraya itu aku terus berlari keluar dari rumah. Benci melihat ibu dan adik-adikku yang aku fikir sentiasa mengganggu kebahagiaan hidupku. Sejak itu aku tidak pernah pulang ke rumah.Ketika berusia 16 tahun aku sudah membuat perangai teruk.Tidak wajar tindakanku itu tapi demi kata hati dan pujuk rayu Rizlan, kekasihku yang usianya tua empat tahun dariku itu, aku tekad untuk lari meninggalkan keluargaku dan bersamanya.
“Riz, awak nak bawa saya ke mana?”
Ketika itu aku mengikut Rizlan ke sebuah motel. Hairan aku, sejak aku lari dari rumah, Rizlan menyarankan aku agar tinggal di rumah kakaknya memandangkan aku menolak untuk tinggal bersamanya. Tapi pada hari ini kenapa dia mengajak aku ke motel dan menggesa aku memakai pakaian yang bagiku sangat seksi. Mulanya aku menolak tetapi selepas dipujuk Rizlan, aku turutkan saja kemahuannya.
“I nak bawa you ke syurga”
“Apa yang awak merepek nieh?”
“I want you babe. I love you and I want be with you till the end of my breath”
“Apa maksud awak? Boleh tak awak jelaskan? I also love you”.
Tangannya mula mengusap lembut belakangku, bibirnya hampir mencecah bibirku. Aku semakin rimas dan terkejut dengan tingkah lelaki itu.Cepat-cepat aku menolak kasar tubuhnya. Walaupun aku bukan anak gadis yang baik tetapi aku masih tahu untuk menjaga maruahku.
“I nak you in and out. After we having our first night together I janji akan kahwin dengan you babe”.
“Apa??? awak dah gila ke Riz. Saya tak nak. Awak tahukan prinsip saya. Minggu depan saya genap 16 tahun, awak dah boleh mengahwini saya”.
“No babe, I want you today” Suara tegas dan Keras Rizlan menakutkan aku. Aku sedar pujuk rayuku agar dia menghentikan niatnya tak mungkin terjadi. Aku mula memanjangkan langkahku menjauhi Rizlan. Aku takut, sangat takut. Terlayar wajah ibu dan adik-adikku ketika ini. Rizlan mula memelukku.
“Riz, saya tak nak. Lepaskan saya!” Pelukan Rizlan semakin erat menyebabkan aku sukar bergerak mahupun bernafas.
“No babe. Dah lama I mengidam body you. I dah tak boleh bersabar. Pergi mampus la you dengan prinsip bodoh you tu. Lagipun you have nobody.Ibu dan adik-adik you pun you dah tinggalkan”.
“Riz, I’m begging you. Jangan buat saya macam nieh” Tangisanku makin kuat.Aku menjadi takut dengan tindakannya seterusnya. Aku sedaya upaya menolak keras tubuhnya. Namun usahaku sia-sia kerana kudratku dengannya tidak sama.
Dengan beristighfar di dalam hati, aku mula mengumpul kekuatan untuk melepaskan diriku dari Rizlan. Sedaya upaya aku menolak tubuh sasanya dan dengan kuatnya aku menendang tepat pada tempat yang menjadi kelemahannya. Aku berjaya membolos diriku.
Sejak peristiwa hitam itu, aku kembali ke pangkuan keluargaku. Ibu ternyata amat menyayangiku begitu juga dengan adik-beradikku yang lain. Kini aku sedar kasih ibu hingga syurga…

Inilah hari yang aku nantikan, cuti raya. Tak sabar rasanya menunggu ibu menjemputku di stesen KTM untuk pulang beraya di rumah.Sabar Suri Damia, lagi seminggu.
“Suri, kau dah siapkan assignment yang sir Fariz kasi?”
“Dah, kenape?”
“Rabu nieh dah kena submitkn? Sebenarnya aku nak mintak tolong kau kasi tahu sir Fariz yang Darwish tak constribut apa-apa pun dalam assignment kita kali nieh, boleh tak? Aku segan lah dengan sir tu.Gugup jantung aku bila nak bercakap and bertentang mata dengan dia”
“Propalah kau nieh. Kau kan team leader, better kau la kasi tahu sir. Apesal aku plak?”
“Please Suri, kau la sahabat aku dunia akhirat”.
“Ye la, cik Nana ooi” Nana yang sedari tadi bermuram durja kini sudah ceria mendengarkan persetujuanku”.
Tibalah hari yang dinantikan. Sudah banyak kali assignment kumpulan ku ditolak proposalnya kerana pada pendapat pensyarah kerek kesayangan semua orang itu,proposal kumpulanku amat teruk dan tiada hala tuju. What ever la Fariz, yang penting sekarang assignment kau, aku and my team akan hantar hari nieh.Nakal nye aku, “tak baik taw panggil lecturer dengan name je” Teman sebilikku menasihatiku setelah seharian aku membebel dan mengutuk pensyarahku yang sorang itu dua minggu lepas.
“Excuse me Sir, I have something to tell you”
“Yes, please. Apa yang awak nak cakap?”
Aku mula bercerita kepadanya tentang Darwish yang malas untuk membuat assignment secara berkumpulan itu. Dari A sampai Z aku menghabiskan air liur aku bercerita mengenai Darwish. Dari pengamatan aku pensyarahku ini amat sombong dan angkuh. Sejak tadi aku penat-penat bercerita,dia boleh buat muka kerek dan selamba saja. Sengal betul pensyarah aku yang sorang nieh.
“I think better you guys bincang elok-elok. Its your problem as a group leader untuk arahkan anak buah you buat kerja. When ada yang tak buat kerja, I count as it was your faults. Not others”
“But sir??”
“There’s no but here. I give you a week to settle this matter by yourself. Next week,present. Faham?”
“Benda kecil begini pun menjadi masalah bagi awak? Cuba belajar jadi matang. Nieh assignment group awak?”
“Yes,sir. Tu assignment group saya”.
“Teruk assignment nieh. Banyak salah”.
“ Maaf,sir. This was our first time did the assignment, it’s quite difficult to us to carry through it”.
“Alasan. If it was my assignment I can do the best”.
“Sorry, sir.My fault”.Aku bersuara perlahan. Air mataku tahan supaya tidak mengalir.
“Pardon?”
“I’m sorry sir. Next time I will not do it again”.
“Good. But I never trust you. Bagi kerja sikit pun dah bermacam-macam masalah yang timbul”.
Ya ALLAH, bengang nya aku dengan pensyarahku itu. Segalanya aku luahkan pada Nana. Dia cukup rasa bersalah kepadaku atas permintaannya semalam. Entah kenapa aku rasa sangat sedih ditegur begitu oleh pensyarahku tambahan pula di hadapan semua rakan-rakan kelasku. Air mata ku masih degil untuk berhenti menangis.
“Its so okey Nana”.
“But,you looked so sedih. Pedih sungguh kata-kata sir kat kau kn?”
“Alah, Na, aku okeh jer. Cuma kebelakangan nieh aku agak sensitive”
Sejak peristiwa itu kebencianku terhadap Fariz Fariel semakin mendalam. Tengok mukanya saja sudah membuatkan aku menjadi menyampah. Walau satu dunia memuji kehebatan lelaki itu, aku tidak akan sesekali terpengaruh. Benci aku!!!
“Suri, apesal kau nieh? Muncung memanjang jer?”
“tak de apa-apalah. Aku okeh jer”.
“Ye ke?dari keluar kelas sir Fariz muka kau terus masam mencuka?”
“Nana, stop it. Don’t mention that name depan aku. Aku sakit hati”.
“Apa lah salah aku dengan dia Nana?malu aku Na buat aku begitu hari tu. Kasihan ibu aku. Kau nak tahu tak sejak kes tu, aku balik raya dengan hati yang sakit. Penat ibuku memujuk aku”.
“Ikut kau la Suri. Aku as a friend cuma nak nasihatkan jangan terlalu benci seseorang nanti tersayang pulak. Lagipun sir Fariz tu pensyarah kita,dia umpama guru yang kita kena hormat. Tak ama lagi kita dah nak final exam. Berkat tu penting. Kau tahu tu kan?”
“Thanks Na atas nasihat bernas kau tu”.
“nasihat bernas? Kau peril aku nampak”Seraya itu kami sama-sama ketawa.


Cuti semester ku kini bermula setelah aku exam final year di uitm. Suka benar aku kerana dapat duduk di rumah menemani ibuku tercinta. Agenda utamaku ialah belajar memasak dengan ibu. Petang itu aku membantu ibuku membuat kek coklat kesukaan adik kembarku, Sara Damisya dan Suria Dahlia. Hari ini kami sekeluarga akan menyambut hari jadi mereka yang ke-17.
“Suri, ibu ada hal nak cakap dengan anak ibu yang sorang nieh,”
“kenapa bu? Macam suspen jer along tengok,” aku ketawa perlahan melihat rupa ibuku itu. Pelik aku melihat wajah serius ibu.
Kini senyuman pula terukir di bibir ibu.
“Ibu nak bercakap soal kahwin dengan anak ibu,”
“Ha??Ibu nak kahwin lagi ke?”Soalku gelabah. Bukan aku tidak suka ibu berkahwin lagi tapi hatiku tidak selesa untuk berkongsi kasih sayang ibuku dengan orang asing. Tamakkan aku?
“Bukan macam tu lah sayang”sambung ibu sambil memasukkan adunan  kek tadi ke dalam ketuhar.
“Habis tu, kenapa bu? Sorry la bu,along tak dapat fikir brnda lain selain ibu yang nak berkahwin. Lagipun Cikgu Azman yang duda anak tiga tu tengah tergila-gilakan ibu sekarang. Hari-hari kasi kuih waktu minum petang,”
“Biarlah Cikgu Azman tu. Orang berbudi kita berbahasa. Lagipun cinta ibu pada ayah tetap agung di hati ibu. Yang ibu nak nercakap nieh pasal along lah,”
“Aik, lain macam je bunyinya bu. Tak kan along yang nak berkahwin? Along baru nak masuk 20 tahun bu. Study pun tak habis lagi. Baru habis asasi tak kan along dah nak kahwin. Merepeklah ibu nieh,” ujarku sambil ketawa.
“Along,kali nieh boleh tak kalau kita berbincang secara dewasa?” Glupp. Air liur ku telan pekat.
“Baik, bu.”
“Kawan ibu datang meminang anaknya untuk along. Ibu harap along setuju sebab ibu dah terima pinangan itu. Nieh cincinnya,” Ibu menghulurkan cincin berlian bercorak reben itu bersama kotak kaca lutsinar itu kepadaku.
“Ibu,along tahu along banyak berdosa dengan ibu. Tapi ibu tolong jangan buang along dengan memaksa along berkahwin.Along masih muda. Impian along belum tercapai,along mahu belajar lagi bu,”air mata ku gugur deras.
“along,sayang, tak de niat di hati ibu untuk singkirkan along. Tapi ibu rasa ini jalan terbaik untuk anak ibu. Sayang ,ibu bukannya akan hidup lama lagi di bumi ALLAH ini. Ibu sakit sayang. Doktor sahkan ibu menghidap barah payudara. Dengan perkahwinan along ini ibu harap akan nada yang menjaga along dan adik-adik, bolehkan along?”
Terkejut aku mendengar berita yang baru ibu sampaikan itu.Terpana aku seketika.


“ Aku terima nikahnya Nur Suri Damia dengan mas kahwinnya RM1000 tunai”
Dengan sekali lafaz aku sudah bergelar isteri kepada tunangku yang aku menolak untuk berjumpa mahupun berkenalan dengannya sepanjan tempoh dua bulan kami bertunang.
“Suri, hulurkan jari mu nak, Fariz nak sarungkan cincin,” Suara mama mertuaku mengejutkan aku.Cepat-cepat aku menghulurkan tangan kiriku untuk disarungkan cincin perkahwinanku.
Dahiku dicium lembut oleh sang suami. Sejuk beku tanganku ketika ini. Perlahan-lahan aku mendongakkan kepalaku untuk melihat suamiku. ‘Ya ALLAH, Fariz Fariel,lecturer aku’
OMG!!! Kenapa begini jadinya. Lelaki yang aku benci kini menjadi suamiku. Aku sudah mula panas hati.api kemarahan ku kini menghampiri kemuncaknya. Namum apabila terbayang wajah mengharap ibu, aku redhakan saja semua ini.
Erm, sememangnya hidup bersama sutun ini tidaklah susah mana seperti yang aku sangkakan.
“Abang tak sangka yang abang akan kahwin dengan student sendiri rupanya. Muda lagi isteri abang nieh”
Abang??  Uweek ,geli tekak aku.
“Maaflah sir. Suri kahwin dengan sir pun sebab ibu. Suri sayangkan ibu”
“Kenapa pelik sangat panggilan Suri tu? Suri should call me abang not sir. I’m not your sir anymore but I’m your husband, sweetheart,” Tangannya mula menggenggam erat jari jemariku. Aku biarkan saja kerana aku memang tiada hati padanya.
“But Suri, you should know something that I got someone that I fill with love in my heart. And the woman was my girlfriend since I’m studying in UK. Tapi mama tak suka because she’s not malay and muslim,”
“Baguslah. Maafkan saya sir.Kerana ibu,sir terpaksa terima perkahwinan ini,sir boleh ceraikan saya bila ibu sembuh nanti atau masa yang sesuai bagi sir, saya terima dengan hati terbuka. Sir, saya tak kisah kalau sir terus bercinta atau berkahwin dengan wanita itu,”
“Thanks Suri cause understand me,”Jari jemariku kini semakin erat digenggamannya.
“No sweat sir,”  Sebenarnya aku gembira sekali dengan penjelasan Fariz Fariel itu.
“But Suri could you please stop calling me sir, you better call me abang,”
‘eh belah lah mamat nieh nak suruh aku panggil abang segala bagai.Lawak-lawak’ Namun kata-kata itu hanya terluah di hatiku.
“Boleh tak kalau Suri pangil sir abang bila kat depan family kita ja? Suri rasa macam tak sesuai je nak panggil sir abang,lagipun sir bukan abang Suri” Dia ketawa dengan cadanganku itu.
“Terpulanglah Suri, abang tak kisah,” Tercuit hati Fariz Fariel dengan prmintaan kecil Suri Damia itu. ‘Sweet jugak kahwin dengan budak’
“Erm, sir Suri nak tanya sikit boleh?”
“Yes you may,”
“ Malam nieh kita nak tidur macam mana? Boleh tak kalau kita tidur berasingan?”
‘Lurus betul isteriku yang sorang ini’omel Fariz Fariel.
“Of course la Suri. Abang  tak kan sentuh mahupun tidur sekatil dengan wanita yang abang  tak cintai, so, Suri awak tidurlah atas katil.  Biar abang tidur kat sofa tu,”

Kini bermulalah hidupku sebagai seorang pelajar Ijazah undang-undang merangkap isteri kepada bekas pensyarahku di UiTM dahulu. Segalanya yang dahulu mudah bagiku kini menjadi kian sukar sejak bergelar isteri. Kesihatan ibuku pula semakin baik setelah mendapat rawatan dari Pusat Perubatan Islam Darul Syifaa’. Walaupun tiada ubat yang mampu mengubati penyakit ibuku namun meihat senyuman ceria ibu sudah membuatkan aku lega. Yang menjadi masalahnya sekarang perasaan aku terhadap suamiku juga berubah. Semakin hari semakin aku menjadi sayang kepadanya. Perasaan benciku padanya suatu ketika dahulu kini kian terhakis.
“Suri, awak tak payah susah-susah memasak sepanjang minggu nieh. Kerja rumah pun biar abang yang settlekan. Suri kan nak exam next week. You better make the earlier preparation,”
“Thanks, sir. Tapi sir tentang chapter yang Suri tak faham tu boleh sir tolong ajarkan?”
“Of course, my dear,” katanya sambil tersenyum manis kepadaku. Bergetar jantungku melihat senyumannya itu.
“ Erm,Suri??”
“Ya,”
“You look so sweet and cute bila pakai baju macam nieh,”
Aku hanya mampu tersenyum kecil mendengarkan pujiannya. Pasti kini pipiku sudah menampakkan merahnya.Malunya. Aku hanya berblause biru dan berskirt labuh pada hari ini. Mungkin baginya penampilanku ini lain dari biasa kerana aku lebih suka berseluar dan memakai t-shirt lengan panjang bersama shawl.
“ Nak pergi mana? Hang-out dengan kawan ke?”
“Tak de lah, sir. Suri nak pergi temankan ibu ke hospital lepas tu nak beli barang dapur sikit. Maaflah Suri lupa nak kasi tahu awal-awal. Semalam suri tunggu sir balik kerja nak kasi tahu, tapi sir lewat sangat sampai Suri tertidur,”
“Erm, tak pe lah kalau macam tu. Abang izinkan Suri pergi. Suri drive je la Vios abang. Senang sikit. Viva Suri biar abang bawa hari nieh”
“Tak nak lah Suri drive kereta kesayangan sir tu,” Pelik aku mendengar cadangannya itu. Selalunya dia pantang sekali untuk membiarkan sesiapa pun memandu vios nya. Pernah pada suatu hari, Fara, adik perempuan Fariz Fariel dimarahi kerana memandu kereta kesayangannya itu.
“ Suri, perjalanan ke Hospital dengan rumah ibu agak jauh. Lagi pun hari hujan sekarang nieh. Lagi selamat kalau Suri naik kereta abang”.
“Baiklah kalau sir dah cakap macam tu,” Aku menghulurkan tangan bersalaman dengannya. Dia mencium lembut dahiku. Berbunga hatiku dengan perbuatannya.

Malam itu bermulalah segalanya disaat jiwa dan ragaku benar-benar memerlukan dirinya.
“Sir, what happened? Kenapa muka sir lain macam jer nieh?”tanyaku setelah seharian aku menunggunya sejak aku pulang dari kuliah tengah hari tadi sehingga jam tiga pagi, kini barulah suamiku pulang. Hairan aku dengan sikapnya kali ini. Tidak pernah sekali pun dia pulang terlalu lewat seperti hari ini.Mukanya kelihatan sedang menanggung masalah yang begitu berat. Penat dan tidak bermaya.
“Nothing, Suri Abang okeh jer,” Mukanya kelihatan sangat keruh tetapi masih tetap mahu menyembunyikan masalah yang dihadapinya.
“Ada masalah dengan Lydia ye? Cuba sir ceritakan pada Suri, InsyaALLAH, walaupun Suri tak dapat selesaikan masalah sir tapi Suri boleh ringankan beban hati sir tu. Come,” Pujukku sambil memimpin tangannya menuju ke taman mini di luar rumah banglo dua tingkat miliknya itu.
Dia hanya menurut tanpa sepatah kata. Sesak dadaku ketika ini melihat sinar kesedihan di wajah suamiku yang semakin aku cintai dari hari ke hari dalam diam. Dia mula menceritakan masalahnya kepadaku. Kasihan suamiku. Wanita yang dicintainya berlaku curang dibelakangnya dan menolak untuk memeluk Islam sekaligus menolak lamaran Fariz Fariel untuk dijadikan isterinya setelah bercerai dengan aku. Tapi sebenarnya kasihan juga diriku. Aku bakal menjadi janda di usia yang muda. Erm pa boleh buat, itulah yang kami berdua telah bersetuju sejak di awal perkahwinan lagi.
Kini hatiku pula yang menjadi sebak dan sedih kerana segala kebaikan yang dihulurkan kepadaku hanyalah atas dasar simpati semata-mata bukan kerana kasih sayanngnya kepadaku. Ternyata sepanjang beberapa bulan perkahwinan kami, hanya aku yang belajar mencintai dirinya dalam diam. Ternyata sikap sutun aka lembutnya itu hanya sedikit kekurangan bukan sampai tahap pondan pun.
“ Suri, abang minta maaf dengan Suri. Selama nieh abang abaikan wanita yang selayaknya untuk abang cintai walaupun mungkin Suri tak mencintai abang. Sepatutnya abang belajar  untuk menerima hakikat dan belajar untuk mencintai isteri abang bukannya terkejar-kejar wanita lain,”
Terkejut aku mendengarkan butir bicaranya. Mengapa dia mengeluarkan ‘statement’ begitu? Dia mahu belajar untuk mencintaiku?
“ Sayang, abang tahu diri abang nieh serba kekurangan. Sepatutnya abang bersyukur kerana ada wanita sesempurna sayang yang sanggup menjadi isteri abang, maafkan abang sayang. Sejak di awal pertemuan antara kita lagi abang sudah merasa ada kelainan di hati abang bila bertemu dengan sayang namum semua perasaan itu abang nafikan. Sengaja abang cari gaduh dengan sayang pasal assignment supaya sayang sentiasa berbual dengan abang,tapi isteri abang nieh seorang yang berat mulut,” tangannya mengenggam erat jari jemariku. Untuk seketika dia mencium jari jemariku. Pelukannya semakin dieratkan. Aku menjadi kelu tanpa kata. Walaupun ini yang aku inginkan namun aku tetap takut. Pipiku pula kini menjadi mangsa ciumannya. Aku tetap mengeraskan diriku.
“Sayang, kenapa diam je? Maafkan abang. Mungkin terlalu awal untuk kita bersama,” pelukannya dileraikan.
“Abang bukan itu maksud Suri. Terima kasih kerana janji abang untuk mencintai Suri. Sebenarnya Suri dah lama mencintai abang,” aku menarik semula lengannya untuk merangkul pinggangku. Aku bahagia dengan suasana begitu.
“Really, Suri? You’re not kidding sayang?” bibirnya mula menjamah bibirku. Lembut dan menghangatkan jiwaku yang sudah lama menutup pintu hati terhadap mana-mana lelaki sejak perbuatan Rizlan dahulu. Ciumannya yang hinggap ke leher jinjangku membuatkan aku berada di alam khayalan. Jika ini mimpi aku sanggup tidur walau seratus tahun.
“Sayang, tidur bilik abang ye malam nieh,” aku hanya mengangguk kecil apabila tubuhku diangkat suamiku ke dalam rumah. Semoga apa semua ini bukan hanya mimpi semata-mata.

“ Tahniah puan, awak disahkan mengandung 5 minggu,” Kata-kata Doktor Saufiah itu membuatkan hatiku berbunga sepanjang hari. Tak sabar rasanya untuk menunggu suamiku pulang dari Sabah kerana out-station.
Malam itu aku memasak lauk kegemaran suamiku. Ingin aku jadikan hari ini hari yang paling bahagia buat kami berdua dengan berita kandungan bayi kembar kami yang pertama. Namun apa yang aku hajatkan tidak mungkin kesampaian.
“Suri, maafkan abang. Abang harap Suri memahami hati dan perasaan abang. Abang tak mampu nak paksa hati abang mencintai Suri Sedalam abang cintakan Lydia,”
“ Apa maksud abang,Suri tak faham?”
“Abang tetap akan ceraikan Suri dan berkahwin dengan Lydia. Dia dah bersetuju nak peluk Islam. Abang harap apa yang terjadi malam tu, Suri dapat lupakan. Bagi abang malam tu adalah satu kesalahan dan abang yakin yang Suri tak mengandungkan?”
“Tak, bang. Suri tak mengandung. Baru minggu lepas Suri period. Andai abang rasa itu yang terbaik, suri redha bang. Demi kebahagiaan abang,” Tak sanggup lagi aku menahan air mataku dari gugur. Segera aku berlari menuju ke bilikku. ‘sampai hati abang buat Suri begini, Ibu tolong suri bu. Hati Suri pedih,’ Terpaksa aku berbohong mengenai kandunganku. Biarlah dia bahagia dengan pilihan hatinya. Dan aku akan terus ditemani anak-anak yang menjadi lambang cintaku padanya.
‘maafkan abang, sayang,’
 Tak mampu agi untuk aku tinggal di rumahnya. Aku tidak cukup kuat. Tawaran untuk aku belajar ke luar Negara aku yang aku terima sebulan lalu aku timbangi semula kewajarannya untuk aku terima. Dulu aku berfikir demi suami dan keluargaku. Namun kini hatiku dan kandunganku lebih penting. Aku tak sanggup mendengarkan kalimah talak yang bakal jatuh terhadap diriku. Aku perlu segera pergi. Kerana keputusan peperiksaan yang cemerlang, pihak university menawarkan aku menyambung kursus undang-undangku di luar Negara.


Sudah dua tahun aku belajar di Taylor school of law University.Hidupku semakin bahagia dengan kehadiran si comelku Aiman Zharfan dan Ilman Nafia’. Ibuku sudah setahun juga meniggalkan aku dan adik-adikku yang lain. Adik-adikku kini tinggal bersamaku di bumi asing ini.  Kedua-dua mereka juga menyambung pengajian di sini. Riduku pada Fariz Fariel kini makin menebal juga.
 Petang itu aku membawa anak-anakku bersiar-siar di taman permainan yang agak jauh dari kawasan perumahan kami. Kesibukan belajar membataskan aku  meluangkan masa bersama-sama kembarku itu.
“Akak, tu bukan abang Fariz ke?” Ujar Sara Damisya dan Suria Dahlia serentak apabila terlihat susuk tubuh lelaki itu. Lelaki itu sedang berjoging di kawasan sekitar taman. Sudah familiar benar nampaknya lelaki itu dengan kawasan sekitar sini.
Dia juga kelihatan turut terkejut apabila terpandang ke arah kami semua. Aku yang sudah kelu dengan apa yang aku lihat serta merta menarik anak-anakku menjauh dari kawasan permainan itu. Aku takut jika rahsiaku terbongkar. Rahsia mengenai kehadiran Aiman Zharfan dan Ilman Nafia’. Namun usahaku hanya sia-sia apabila dia mula memanggilku.
“ Suri, wait. I owe you my apologise. Abang minta maaf sayang,”
“ Apa yang awak merepek nieh? Do I know you?” Tangannya sudan kemas menggenggam erat jemariku. Rimas aku dibuatnya. Serentak itu aku mengarahkan adik-adiku membawa anak-anakku ke kereta.
“ Both my babies kan?”
“ No they don’t. They’re not your sons but mine,”
“Sayang please forgive me. I love you and our children,”
“ Awak dah ada Lydia. Better you go. Jangan ganggu hidup saya,”
“Abang tak jadi kahwin dengan Lydia. My heart choose you not her. Bila sayang pergi dari hidup abang, baru abang sedar betapa abang cintakan isteri abang,”
“No, I’ll never believe you anymore dengan kata-kata manis awak tu. Lepaskan saya,” Genggaman tangannya yang kian longgar aku rentap kasar. Seraya itu aku segera berlalu ke keretaku.
“Suri, jangan tinggalkan abang,” Dia segera berlari ke arahku. Namun nasib tidak menyebelahi Fariz Fariel. Entah di mana silapnya, sebuah kereta yang dipandu pemandu mabuk melanggarnya. Bumm!!!
Aku yang terkejut dengan bunyi dentuman yang kuat itu segera menoleh kearah bunyi dentuman itu. Ya ALLAH suamiku!!!

“ Aiman dengan Ilman sudah tidur bang?” tanyaku pada Fariz Fariel, setelah suamiku masuk ke bilik peraduan kami.
“Dah sayang.Penat sangat bermain theme park tadi. Sayang tak tidur lagi? Tak baik perempuan yang mengandung tidur lewat,” ujar suamiku sambil mengurut lembut kakiku yang kian membengkak dengan minyak sejak usia kandunganku yang kedua ini mencecah tujuh bulan.
“abang pun kena tidur awal. Lagi pun esok abang kerja,” Suamiku hanya tersenyum mendengar omelanku.
“Thanks sayang,kerana sudi beri abang peluang kedua.Dan terima kasih juga kerana sudi mengandungkan permata hati kita,” Ciuman hangatnya singgah di dahiku. Pelukannya semakin dieratkan.
Sejak kemalangan yang menimpa Fariz Fariel Setahun yang lalu, hubungan kami kian pulih. Akibat kemalangan itu, Fariz Fariel koma selama tiga bulan. Dari situ barulah aku sedar bahawa aku tak mampu untuk kehilangan suamiku.
Aku berdoa agar kebahagian ini akan terus dan tetap menjadi milik kami. Semoga kasih sayang yang kami bina dengan sinaran cinta ini mampu dibawa hingga syurga dengan rahmat dan kasih sayang ALLAH swt.




Actually...i'm creating my new blog coz last blog seem like...urrrmmmmmm...don't know what to say.huhuhuhuu

hepi 2 have u guys



dalam hidup nie..semua yang berlaku ada hikmahnya!!! we have to understand: family is the first priority..
kekedang kita lebih mengutamakan rakan taulan..but remember something dats...when the time comes...you really2 need ur family!!!